Monday, July 20, 2009

Terima kasih Abang Shahlin dan keluarga...









Ah,kenangan indah yang sentiasa terpahat di jiwa. Hanya itu yang dapat kuekspressikan. Kehadiran ku ke Melaka tidak sia-sia. Terubat rindu di hati,cukup walau seketika. Terkenang saat-saat dikala kita bersama semasa di sana, di kala susah dan senang.

Di saat aku bersendirian, kau seisi keluarga sentiasa mengalu-alukan kedatangkanku ke rumahmu. Pintu rumahmu sentiasa terbuka buatku,alangkah rindunya akan detik itu.Di kala aku dahagakan kasih sebuah keluarga, kau semua sentiasa ada.Gelak tawa pengubat jiwa.Di saat ku gelisah dan resah,nasihat dan kata-kata semangat yang sentiasa tersedia,mengukuhkan kembali langkahku di bumi ini.Di saat aku rindukan masakan bonda,hidangan enak pasti tersedia.Terima kasih yang tidak terhingga.

Buat Abang Shahlin,Akak Zaihan, Along,Angah,Alang,Ifah dan Hasif, terima kasih kuucapkan di atas hubungan kekeluargaan yang diberi.Walau kita tiada pertalian darah, namun keeratannya tidak terkalah. Kusangkakan kita dapat bersama sekembalinya dari bumi kanggaroo, namun takdir mengatasi segala. Perpindahan ke Sabah jauh terasa. Entah bila kita dapat bersua semula,mungkinkah setahun,dua tahun atau sehingga aku bercahaya mata?

Terima kasih kuucapkan.Seribu maaf kupohonkan. Semoga Allah mempertemukan kita semula di lain masa.Akan kuhargai hubungan sebuah kekeluargaan yang diberi. Salam jauh dari Terengganu.

(^_^)

No comments:

Post a Comment