Friday, November 13, 2009

Perasaan ini...

Aku mengeluh,ingin saja kumelepaskan perasaan yang membuku dihati.Namun kepada siapa harus kulepaskan.Dan kenapa ia perlu dilepaskan.Serta mengapakah perasaan ini terasa membara.

Malam yang dingin tidak terasa.Hati ini terasa panas,dilanda amukan emosi.Berpunca dari...ah aku sendiri tidak mengerti.Akhir-akhir ini,perasaan ini kerap terganggu.Terlalu sensitifkah aku?Atau adakah dek bebanan kerja yang menjadikan aku begini.

Aku keliru,fikikran semakin bercelaru.Tiada siapa yang dapat memahamiku.Namun aku perlu berbicara, meluahkan segala yang terbuku di dada.Siapakah yang sudi mendengarnya?Terasa bodoh bagi menjawap persoalan ini,kerana aku pasti,ia tidak perlu ku jawap.

Bantuan!!Di manakah aku boleh mendapatkan bantuan,bagi meredakan amukan perasaan ini.Bukan aku menghendakinya,ia hadir tanpa ku pinta.Terasa sesak ruangan hati,begitu sukar aku mengharungi.Perlukah aku berdiam diri,bagi mengubati hati ini.

Semoga Allah sentiasa membimbing hati ini.

Thursday, October 29, 2009

Di kejauhan ini...

Rindu sudah jari jemari ini,
untuk menari-nari menitip kata-kata diruangan ini.
Begitu lama ruangan ini ditinggal sepi, tanpa bicara dan luahan rasa.
Kesibukan diri memaksa untuk aku,berhnti seketika dalam
berbicara.

Hari ini genap 4 minggu aku berada di sini,
namun tiada hasil yang pasti.
Aku masih tercari-cari,
terkial-kial dalam menelusuri hidup sang ilmuwan,
yang menagih masa dan tenaga,
yang tinggi harganya.
Bukan tidak aku berusaha,cuma Sang Pencipta masih tidak membenarkan,
aku mendakap sekelumit ilmu milikNya,
aku yakin pasti usahaku masih setimpal,
dengan apa yang aku kejarkan.

Tuhanku,bantulah diri ini,
dalam menyusuri jalan-jalanMu,
hanya kepadamu aku meminta segalanya.
Anugerahkan kami ilmuMu dari gudangMu yang Maha Luas.

Sunday, October 4, 2009

Hukum Membaca Ramalan Zodiak

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,"
katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang dilangit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

Wednesday, September 30, 2009

Doaku...

Ya Allah,hari ini hambaMu akan melangkahkan kaki,
menuju medan juang yang telah diperuntukkan buatku,
HambaMu ini menerima dengan hati yang penuh kegentaran,
kegelisahan dan kerisauan.

Tuhanku,angkatkan lah perasaan gentar ini,
hilangkanlah kerisauan ini dan lenyapkanlah kegelisahan ini.
Sesungguhnya perjuangan ini hanya untukMu,
Hanya kepadaMu aku melakukankan segalanya,
hanya keranaMu aku usahakan segalanya.
Bantulah diri ini,dalam meneruskan perjuangan ini,
hambaMu ini bertawakkal akan segalanya,
bertawakkal akan diri orang-orang yang dikasihi di sini,
izinkanku untuk bersama mereka semula,
supaya dapat bersama2 mencari keredhaanMu,
untuk bersama dalam meniti jalan lurusMu.
Ikatlah jiwa-jiwa kami,
dengan kasih dan cinta yang suci,
yang berpaksikan kepadaMu wahai Allah.
Segala puji buatMu,Tuhan semesta alam

Amin.

Thursday, September 3, 2009

Kekalutan yang menyesakkan...

Sekian lama ku menyepi,ekoran kesibukan yang menggari,jari jemari ini dari menitipkan sepatah dua kata di ruangan ini.

Akhir-akhir ini,fikirankan kian serabut,berkecamuk dengan seribu satu macam urusan, yang perlu aku selesaikan.Adakalanya aku merasakan,adakah ini yang ku mahukan? Apakah ini yang aku kejarkan?Untuk siapakah aku mengejarnya?Timbul juga persoalan di benakku, berbaloikah aku mengejarnya,sehingga jurang dan ruang di antara aku dan Pencipta semakin melebar.Ku rasakan diriku semakin kosong,tanpa pengisian yang sepatutnya,hanya dibaluti urusan dunia yang tak berpenghujung.

Oh Tuhan,sekiranya sebelum ini aku melakukannya dengan tujuan ibadah kepadaMu, ampukan diriku di atas kegagalan diri ini.Bukab sahaja aku gagal melaksanakannya sebagai ibadah,malah ia menjadi penambah jurang di antara kita.Tuhanku,ampunilah akan diri ini,yang lemah dan rapuh,kurniakanlah aku kekuatan dan kembalikanlah keteguhan hati ini dalam mengingatiMu wahai Allah.

Tuesday, August 18, 2009

Quote for today

The World is three days: As for yesterday, it has vanished, along with all that was in it. As for tomorrow, you may never see it. As for today, it is yours, so work in it.
- Hassan al-Basri

Ease [yusr] and hardship ['usr] are the feathers that give strength to the wings of your faith [iman], so that your heart and your innermost being [sirr] can use them to fly to the door of your Lord (Almighty and Glorious is He).
- Shaykh 'Abd al-Qadir al-Jilani

Tuesday, August 11, 2009

Tekanan yang kian terasa...

Detik pemergianku ke sana semakin hampir. Tekanannya kian terasa,hari demi hari,saat demi saat yang kulalui terasakan begitu pantas. Aku bersyukur kepada Ilahi ke atas izinNya yang membenarkan untuk aku ke sana. Namun pada saat yang sama, kesedihan meninggalkan tanah air tercinta, keluarga dan insan-insan yang disayangi membuahkan perasaan yang sukar ditafsir. Kerisauan ku untuk berada di bumi orang,bersaing di persada dunia,di puncak menara gading membuahkan tekanan dan kerisauan yang hanya aku mengerti.Namun kegembiraan dan senyuman yang terukir dibibir insan-insan yang kusayangi,sedikit sebanyak mengubat hati ini.

"Ya Allah,jadikanlah pemergianku kali ini sebagai ibadah buatMu.Izinkanlah perjuanganku dan langkahan kakiku dikira sebagai amal-amal yang soleh. Ya Allah,aku berserah kepadaMu,akan orang-orang yang akan aku tinggalkan di sini,dan aku berserah kepadaMu akan diri ini yang akan menempuh perkara tidak pasti.Ya Allah, bantulah kami di dalam perjuangan suci ini. Amin ya Rabbal A'lamin"

Tuesday, August 4, 2009

11 hari bermakna buatku...

Semuanya berlaku dengan pantas.Tanpa kusedar,dalam tempoh sesingkat ini,ia sudah cukup untuk membina keyakinan yang utuh,kepercayaan yang sepenuhnya dan perasaan yang tidak dapat digambarkan.Adakalanya aku terasa ia seakan mimpi indah,dan ku cukup takut andai aku dikejutkan dari mimpi ini.Adakah ini yang kumahu?Apakah ini yang kucari selama ini?Sudahkah aku bersedia menghadapinya?

Aku tunduk. Berusaha untuk menyelami hatiku hingga ke dasarnya.Mencari jawapan untuk soalan-soalan yang sentiasa berlegar di ruang fikiran ini.

Namun tidak perlu selami hingga ke dasarnya,mutiara jawapan telah kutemui,disebalik celahan keyakinan dan kepercayan yang telah terbina tanpa kusedari.Ku sedar 11 hari hanyalah sesingkat 1,2,3.Namun ku juga yakin pada mutiara kata yang sering disematkan oleh bapaku."Perkara yang mustahil menjadi harus dengan izinNya". Oleh itu apakah yang perlu kuragui.Ku telah berusaha,ku juga telah berdoa,maka tawakal ku padaNya adalah yang perlu kuyakini. Aku tahu ia tidaklah sebaik langkah,namun jauh sekali ia dari menjadi seburuk tindakan.InsyaAllah.Aku yakin akan pilihan ini.Aku yakin dengan ketentuanNya.Aku yakin akan keutuhan perasaan ini.Segala puji buatMu yang telah menghadiahkan aku erti kehidupan ini.

Hari pertama aku mengucapkan kata suka padanya,ia dibalas dengan ucapan yang sama.Memang tidak kusangka,namun ia menjadi titik permulaan dalam diari 11 hari ini.Terima kasih di atas jawapan yang begitu ringkas,namun cukup kemas,padat dan bermakna buatku. Hari kedua kulalui,menambahkan perasaan di hati. Kehadiranku kerumahnya disambut mesra oleh ibu dan bapanya. Sifat malu yang dimiliki diri menyebabkan aku kekok. Ku cuba sebaik mungkin untuk berbicara bersama mereka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ini menambahkan lagi keyakinanku kepadanya ,di atas kejujurannya dan ketelusannya dalam berbicara.Biar hanya seketika,tapi sikapnya membuatkan aku meyakininya.

Timbulnya perasaan rindu dan sayang jauh dilubuk hati di hari ketiga.Aku keliru,adakah ia wajar untuk hadir dalam tempoh sesingkat ini.Kesibukan ku berkursus menambahkan ingatanku buatnya.Semakin merindui akan kata-katanya.Semakin ternanti-nanti akan panggilan darinya.Aku mengucapkan perkataan sayang yang pertama buatnya.Namun ketika itu ku hampa,ia tidak bersambut.Hanya sekadar suka di pihaknya.

Hari ke 6,aku menemuinya.Buat kali ke 2.Ia menimbulkan perasaan indah yang sukar dibayang.Walau hanya sekejap cuma,tapi ia cukup untuk menerbitkan perasaan sayang di pihaknya.Bagi diriku,perasaan ini semakin mekar,semakin marak membakar jiwa.Hari ke 7 membuatku tersiksa,hanya berjumpa sekejap cuma,sebelum aku pulang semula.Begitu berat hatiku untuk berjauhan dengannya.Rasa tersiksa akan diri ini.Alangkah indahnya bila B sanggup menemanku sepanjang perjalanan,walau ia hanya menerusi suara.Hilang ngantukku,terasa segar tubuhku.

Hari ke 9,B mula memanggil aku dengan panggilan yang cukup bermakna."Sayang".Oh terasa indahnya dunia.Semoga aku tidak hanyut dilautan cinta.Ya Allah,kukuhkan hati ini,agar kasih dan sayang ini,tidak menghalangku dari kasihku kepadaMu.Aku mula memanggilnya B,atas kehendaknya.Panggilan yang singkat tapi membawa seribu makna.

Hari ke 10,aku memberitahu ibu,aku ingin membina ikatan terhadap hubungan ini.Tidak sanggup untuk ku meninggalkannya,gundah jiwa ini tatkala berjauhan darinya. Ibu mengambil tindakan yang pantas,ingin mengikat kami dengan ikatan yang kukuh agar kami dapat terus bersama selamanya.Syukur padaMu Allah,aku begitu gembira,namun aku sedar ia tidak semudah yang dipinta.Akan ku cuba memberi ruang kepadanya.Agar hubungan ini menjadi lebih bermakna.

Hari ke 11,ibuku bakal menemui B dan keluarga.Aku gusar akan pertemuan ini.Namun aku yakin padaMu wahai Allah,hanya kepadaMu kami berserah segalanya.Moga Allah mengizinkan kami bersama selamanya.

Alhamdulillah,hari ke 11 dipenuhi dengan kegembiraan. Segala puji buatMu,semoga hubungan ini akan terus berkekalan.Dan ia merupakan hadiah terbaik di hari lahirku....

Ketakutan diri...

Aku gentar,takut akan perubahan diri ini. Adakalanya kurasakan aku diriku tidak seperti dahulu.Kemanisan beribadat kian luput,ketakutan kepadaNya semakin pudar. Adakah kesibukan diri menjadikan aku begini.Atau adakah kecintaan kepada hambaNya menyebabkan terhalangya cintaku kepadaNya.

Ada ketikanya aku merasakan, aku mula kufur akan nikmatNya.Aku seolah-olah melupai bahawa semua yang dimiliki adalah dariNya.Semakin kurang tahmid dan pujian buatNya. Ya Allah, ampunilah diri ini.Janganlah kau tarik taliMu yang telah dihulurkan kepadaku. Izinkan aku untuk terus menggenggamnya agar tidak aku tersesat di kehidupan yang sementara.

Muhasabah diri harus ku lakukan,agar aku tidak semakin menjauhiNya.Cukuplah akan zaman silamku,tidak ingin aku kembali ke waktu dulu.Semoga aku diberikan kekuatan, untuk menjaga permata dan anugerah yang telah diberiNya.

Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami,sesungguhnya kami tergolong dalam hambaMu yang berdosa.Ya Allah,berikanlah kekuatan kepada kami,agar kami dapat menjaga anugerah-anugerah yang diberi.Ya Allah lindungilah kami dari tipu daya dunia,agar kami tidak terleka dan melupai dunia yang kekal.

Tuesday, July 28, 2009

Sekeping hati yang menjadi milik diri ini......

Hidup ini sukar dijangka. Datang dan pergi silih berganti.Cedera dan kecewa hanya menjadi perkara biasa.Gembira dan tawa tetap terjadi.

Siapa sangka,jika sebelum ini aku bersungguh ingin memiliki si 'dia',tapi kini aku memiliki 'nya'. Tanpa ku duga,tanpa ku sangka, ia berlaku sekelip mata.Adakalanya aku terikir,apakah ia satu kebetulan.Adakah ia takdiran buatku. Aku tidak mempermainkan,aku hanya berusaha. Segala macam cara telah kucuba,sehingga aku tewas dalam memiliki hati si 'dia'.Tanpa kusedar, 'nya' telah datang mengetuk pintu hati ini.Aku ingin memiliki dan dimiliki akan perasaan dari sekeping hati ini.Untuk mengenal erti suka dan disukai.Untuk merasai perasaan merindui dan dirindui. Untuk menghargai perasaan kasih dan dikasihi. Adakah ia akan mampu kuperolehi...adakah ia akan dapat menghiasi ruangan hati ini agar tidak sesuram dan sekelam masa silam.

Ku pohon ampun dan maaf buat si 'dia'. Tiada niat untuk mempermainkan mu,hanya penantian yang membayangiku membuat ku takut. Sebelum lebih jauh kita bersama,aku terpaksa mengambil tindakan ini.Akan ku doakan kau bertemu seorang insan yang terbaik,yang mampu kau terima dengan setulus hati,yang mampu kau luahkan perasaanmu tanpa ragu dan kesamaran yang menyebabkan terselitnya ketakutan dan kerisauan. Buat 'nya',terima kasih ku ucapkan di atas kesungguhanmu, terima kasih di atas sifat berterus-terangmu yang menghilangkan keraguan ini.

Semoga Allah melindungi kita semua

(^_^)

Monday, July 20, 2009

Terima kasih Abang Shahlin dan keluarga...









Ah,kenangan indah yang sentiasa terpahat di jiwa. Hanya itu yang dapat kuekspressikan. Kehadiran ku ke Melaka tidak sia-sia. Terubat rindu di hati,cukup walau seketika. Terkenang saat-saat dikala kita bersama semasa di sana, di kala susah dan senang.

Di saat aku bersendirian, kau seisi keluarga sentiasa mengalu-alukan kedatangkanku ke rumahmu. Pintu rumahmu sentiasa terbuka buatku,alangkah rindunya akan detik itu.Di kala aku dahagakan kasih sebuah keluarga, kau semua sentiasa ada.Gelak tawa pengubat jiwa.Di saat ku gelisah dan resah,nasihat dan kata-kata semangat yang sentiasa tersedia,mengukuhkan kembali langkahku di bumi ini.Di saat aku rindukan masakan bonda,hidangan enak pasti tersedia.Terima kasih yang tidak terhingga.

Buat Abang Shahlin,Akak Zaihan, Along,Angah,Alang,Ifah dan Hasif, terima kasih kuucapkan di atas hubungan kekeluargaan yang diberi.Walau kita tiada pertalian darah, namun keeratannya tidak terkalah. Kusangkakan kita dapat bersama sekembalinya dari bumi kanggaroo, namun takdir mengatasi segala. Perpindahan ke Sabah jauh terasa. Entah bila kita dapat bersua semula,mungkinkah setahun,dua tahun atau sehingga aku bercahaya mata?

Terima kasih kuucapkan.Seribu maaf kupohonkan. Semoga Allah mempertemukan kita semula di lain masa.Akan kuhargai hubungan sebuah kekeluargaan yang diberi. Salam jauh dari Terengganu.

(^_^)

Hadith of the Day

Narrated Abu Huraira: I heard Allah's Apostle (pbuh) saying, "If there was a river at the door of anyone of you & he took a bath in it five times a day would you notice any dirt on him?" They said, "Not a trace of dirt would be left." The Prophet (pbuh) added, "That is the example of the five prayers with which Allah blots out evil deeds."

Sunday, July 19, 2009

Memaksa atau terpaksa...

Aku kini tidak mampu berdiam diri. Perancangan harus ku teruskan,pelaksanaan akan ku tunaikan. Bukan aku berniat memaksa tetapi aku sendiri yang terpaksa. Terlalu banyak yang harus ku fikirkan,yang harus ku rancang, agar ia tidak pincang.

Merancang untuk perkara yang akan berlaku tidak lah mudah,terutama terhadap kemungkinan-kemungkinan yang ada. Namun aku pasrah,kan ku cuba yang terbaik, agar aku tidak rebah dan impian tidak termusnah di atas percaturan yang salah. Dan ini merupakan yang terberat untuk kupikul dan mudah-mudahan Allah akan terus memberi kekuatan dan pedoman buat ku.

Semoga aku terus berjaya dalam pengajian kali ini. Amin....

Saturday, July 18, 2009

Segala puji buatNya...

Alhamdulillah,segala puji buatNya,di atas segala anugerah dan kurnia. Tidak dapat kugambarkan akan kegembiraan hati ini,kesyukuran atas kurniaNya,yang sentiasa memberikanku kurnia yang baik walau aku ini tidak mampu menyembahkan yang terbaik. Segala puji buatMu.

Aku kini mengatur langkah,menyusun gerak di atas permulaan ini. Permulaan yang berat buatku,namun akan aku usahakan yang terbaik agar kurnia ini tidak disia-siakan. Semoga Allah mempermudah,membuka ruangan dan mengizinkan usaha-usahaku agar ia tidak hanya separuh jalan,tetapi dapat mencorak sejarah diri ini.

"Ya Allah,permudahkan segala urusan-urusan kami, mohon kekuatan dariMu di kala kami lemah, kekentalan semangat dikala kami alah dan ilham da pedoman dikala kami buntu. Semoga usaha kami ini dapat Kau terima sebagai persembahan walau ia penuh kelemahan. Bantulah kami yang tidak memiliki apa-apa kecuali yang dianugerahkan oleh Mu".

Akan ku mulakan langkah yang pertama...adakah akan kuberjaya,semoga kalian mendoakanku

(^_^)

Wednesday, July 15, 2009

Keikhlasan sebuah persahabatan

Aku terpandang seutas jam tangan wanita tatkala aku membuka laciku. Ia kelihatan masih cantik walau telah lama terbaring kaku.Telah lama tidak diusik dan apatah lagi dipakai. Pasti ia merindui tangan-tangan yang pernah dihiasinya,menjadikan si pemakainya tersenyum bangga.

Ku belek jam tersebut.Ah sayangnya ia sudah tidak bernadi.Mungkinkah sudah kehabisan baterinya.Kotak fikiran diterjah kenangan lama,kenangan yang menjadikan aku kagum akan keihklasan dan kesungguhan insan yang digelar sahabat.

Ketika itu,aku dalam perjalanan pulang dari tanah suci.Seluruh tubuh terasa lemah, tiada upaya.Kesayuan di lubuk hati menjadikan aku ingin menyendiri.Ditambah dengan kepulanganku seorang diri.

Aku bersyukur kerana barisan tempat dudukku kosong. Barang-barang kuletakkan di sisi,dan mula melelapkan mata setelah kapal terbang yang kunaiki meninggalkan permukaan bumi.Hilang dibuai mimpi,sehinggalah terasa aku dikejutkan.barang-barangku diminta agar dialihkan oleh si pramugari,kerana ada penumpang lain yang menaiki kapal terbang semasa transit,yang aku sendiri tak pasti di mana.Sekali imbas,kulihat pasangan Arab muda memenuhi tempat duduk disebelahku.

Sesudah aku mengalihkan baranganku,aku terus dibuai mimpi.Badan yang letih menagih kerehatan dariku.Kali kedua aku dikejutkan,tibanya masa untuk makan.Aku sekadar mengambil hidangan yang dihulurkan dan menyambung semula tidurku. Mujur aku terjaga sebelum hidangan diambil,jika tidak pasti aku berputih mata.

Sejam sebelum tiba di lapangan,aku disapa oleh lelaki Arab disebelah.Bertanya cara terbaik untuk ke KLIA.Aku menerangkan satu persatu,agar ia tidak terkeliru. Dari situ,perbualan kami semakin rancak,dari satu topik ke satu topik kami bercerita.Sekali sekala disampuk si isteri jelita.Terbetik juga dihatiku,alangkah bertuahnya lelaki ini.

Di penghujung perjalan kami,si lelaki bertanya,adakah aku bekerja di Arab Saudi.Aku menggelangkan kepala,dan menjelaskan kepadanya.Si lelaki tersenyum lebar kegembiraan,mendengarkan aku baru pulang dari tanah suci.Tahniah diucapkan,pujian dihamburkan.

Aku melihat lelaki itu kalut mencari sesuatu di beg yang dipangku.Aku sedikit hairan,namun aku hanya mendiamkan diri. "Mungkin ia tertinggal sesuatu."bisik hatiku

Tidak lama selepas itu,dia mengeluarkan sebotol perfume dan menyerahkan kepadaku.Aku sedikit hairan. Dia memintaku mengambilnya sebagai hadiah perkenalan,juga sebagai hadiah kerana baru pulang dari menunaikan umrah.Berkali-kali dia memohon maaf kerana itu sahaja yang dapat diberi,ditambah lagi perfume miliknya itu telah diguna.Berkali-kali ku didesak,agar menerima pemberian yang tak seberapa.

Aku bertambah gelisah,bila si isteri turut memberi.Jam tangan miliknya dihulurkan kepadaku.Aku terkaku."Terimalah ia sebagai tanda penghormatan kami.Simpanlah ia dan berikanlah kepada bakal isteri."Katanya sambil mengunjukkan jam itu.

Aku serba salah.Jam itu kelihatan indah,secantik pemiliknya.Dan aku tidak memerlukan jam untuk wanita,mana bisa aku memakainya.Perkataan itu diulangi.Aku menerimanya dengan hati yang berat,hanya ucapan terima kasih sebagai bayarannya.

Kami berpisah sesudah aku mencarikan teksi buatnya.Aku melambaikan tangan tanda perpisahan.Semoga Allah mempertemukan kita di lain hari.Walau sekejap kita berjumpa,terasa timbul kemesraan di hati.

Aku meletakan semula jam yang puas kubelek.InsyaAllah akan aku tunaikan amanahnya.Segaris senyuman terukir di bibir.
"Siapakah bakal memiliki jam ini"

Tuesday, July 14, 2009

Hadith of the Day

Narrated Anas R.A: Allah's Messenger (PBUH) said, None of you should long for death because of a calamity that had befallen him; and if he connot, but long for death, then he should say, O' Allah! let me live as long as life is better for me, and take my life if death is better for me' (Sahih Al-Bukhari, Vol.8, Hadith No. 362).

Monday, July 13, 2009

Feeling...


Feel bad...thats the only words that can express my feeling. The reason?? Its awkward that even I can't figure it out.Owh maybe i ate some bad food,that cause demotivation and unstable emotion. Or is it because i felt so angry and wrote bad things about other people yesterday?Erm there is a probability. As a payment for the sin what i did. Ahh i know, maybe because i wrote too much about past,that makes me remember everything.Everything that hardly suppressed by myself in these few months.Huuuu,poor me...

Strength,where are you now??!! Why do you dissappear when I am in need?Do you hate me?Or just want to mock myself and play around?? Hurm its fine then,i got it. You are only an illusion, a mirage that lay deep down in my heart.Yup, so the time has come, for me to find the real strength....


Wahh at last, my first post in English,yeyyyy....Please give any comment for any grammatical mistake
(^_^)

Hadith of the Day

A question regarding performing Umra before Hajj? Please see below...Narrated Ibn Juraij: Ikrima bin Khalid asked Ibn 'Umar about performing 'Umra before Hajj. Ibn 'Umar replied, "There is no harm in it." 'Ikrima said, "Ibn 'Umar also said, 'The Prophet had performed 'Umra before performing Hajj.'" [Bukhari, Book 3, Volume 27]




Konvokesyen... Tah mengapa perkataan ini mengetuk pintu hatiku. Adakah ia disebabkan oleh majlis konvokesyen yang dilangsungkan disekitar tempatku...Bahkan bukan satu,tetapi dua, di kawasan yang hanya bersebelahan. Mmm,mungkin inilah penyebab utama,perkataan ini sering berlegar-legar di benakku.Memori lama menerjah fikiran,mengimabau kenangan lalu,kenangan ku menghadiri konvokesyen di perantauan.

Kehidupan di perantauan memang indah, tapi kesabaran, kekuatan dan kekentalan jiwa menjadi galang gantinya. Apatah lagi kehidupanku yang bersendirian dikalangan mereka yang kulihat gembira bersama keluarga tercinta.Ahh,bukan niatku untuk mengeluh,jauh sekali untuk bersifat kufur,hanya meluahkan, kesunyian dan kekosongan jiwa.

Di kala konvokesyen itu, aku bersendirian. Tidak seperti pertama kali aku mengalaminya di tanah air tercinta. Penuh dengan gelak tawa keluarga tercinta. Disulami titisan air mata kesyukuran si Ibu yang membuatkan ku bangga. Dakapan dan ucapan tahniah dari si bapa yang menjadi pemangkin kekuatan jiwa. Kucupan tangan dan kata-kata pendorong dari adik-adikku yang menjadikan aku gembira. Oh indahnya di kala itu. Walau seketika tapi ia penuh makna.

Tetapi ketika di perantauan,semua ini hanya sekadar igauan. Mana bisa ibuku hadir menitiskan air mata. Tidak mungkin bapaku mendakap penuh mesra. Tiada lagi kucupan tangan adik-adikku yang menghangatkan jiwa. Owh,terasa kosong hati ini,dibelenggu kesepian dan kesunyian. Namun aku sedar,bukanlah mereka tidak mahu menghadirkan diri,hanya keadaan yang menghalangi. Namun aku masih bersyukur,nun jauh disana,masih ada ucapan yang mesra, yang menyemarakkan jiwa. Yang tidak pernah putus,yang sentiasa memenuhi jiwa. Terima kasih Ibu,terima kasih Ayah dan terima kasih Angah,Uda,Andak,Fatin dan Ijah. Kalian menjadi pendorongku,untuk terus melangkah , menjadi penopang kakiku,di kala ku lemah.

Alhamdulillah,walau ku jauh dari kasih-kasih mereka, Tuhan mengurniakan pengubat rindu dan kasih,dari mereka yang bergelar 'sahabat' dan 'abang' yang sentiasa setia di kala susah dan senang. Jutaan terima kasih diucapkan buat Abang Shahlin, Abang Rohiman dan Abang Zul sekeluarga, Faisal dan Ibrahim.Kalian sukar ditukar ganti. Tidak dilupakan buat Kak Wan, Kak Ita dan Kak Mas serta mereka yang sentiasa mengambil berat akan diri ini. Juga buat adik-adik petronas dan teman serumah yang sentiasa menghibur hati.Kalian semua sering bersama dikala ku jatuh dan berdiri. Terima kasih kucapkan.

Di saat aku melangkahkan kaki,untuk menerima skrol yang diidamkan selama ini,aku berterima kasih kepada insan-insan yang sudi,menghadirkan diri mengiringi diri ini. Terima kasih buatmu Faisal yang sudi menjadi jurukameraku sepanjang hari. Ibrahim,kedatanganmu berserta keluarga,menjadi penghibur jiwa.Tidak dilupakan buat Shamsiah, teman seperjuangan yang sering menceriakan suasana.

Akhir kata,kenangan ini akan terus berada dilipatan hati,agar ia dapat kujadikan sumber inspirasi dan kekuatan nurani, bagi menempuhi hidup yang akan kulayari.

Hanya sekadar bicara hati (^_^)

Gembira dan marah...


Gembira dan marah, kombinasi dua perkara yang jauh bertentangan. Tapi inilah yang kualami pada hari ini. Mujur kegembiraan itu mengatasi kemarahan, dan menerusi kemarahan itu dapat kunilai sebuah kepura-puraan.

Kegembiraan di pagi hari,pabila mendapat tahu,laporan daripada para penyokong telah siap sepenuhnya. Beban yang kupikul dipundakku, terasa kian ringan. Aku bermohon, semoga Allah mengizinkan aku, untuk meneruskan lagi perjuangan ini, agar dapat ku tabur bakti di kemudian hari.Aku kini hanya menanti,keputusan yang pasti menggembirakan atau menguji iman di hati. Semoga Allah menetapkan hati ini,atas segala keputusan yang akan aku terima.

Di petang aku,aku diuji. Dengan sikap kepura-puraan yang menjelekkan, terasa meluat dan menjijikkan. Kemanakah hilangnya sikap profesionalisme mu,tidak malukah kah dipandang hina oleh orang bawahan mu,atas kejelekan yang sengaja kau tonjolkan?Selama ini ku hanya mendengar, namun kini ku rasai akan tempiasnya dari sikap kejelekanmu itu.

Di depan pihak atasan, kau sekadar berpura-pura, mengizinkan segalanya. Tapi bila aku melaksana apa yang dikata, seribu kata menjadi alasan. Mujur kita berada di tahap yang sama, jika tidak ia pasti lebih menjengkelkan hati ini. Aku bukanlah berkira, jika dibanding nilai yang kupinta,aku mampu menggunakan wangku sebagai belanja. Tapi bukahkah kau mengiakan,membenarkan di kala mesyuarat di pagi hari.Nilainya tidak seberapa,namun caramu yang menjengkelkan itu,menyakitkan hati ini,menimbulkan ketidakselesaan di kalangan kami. Tidakkah kau sedar akan perkara ini.Kau sepatutnya lebih rasional terhadap orang-orang bawahanmu,tapi sayang rasional yang harus ditunjukkan menjadi 'emotional' yang memualkan.Tidakkan kau sedar,kau hanya diamanahkan untuk menguruskan perbendaharaan, ia bukan milikmu,dan sebenarnya ia harus digunakan,bukan disimpan.Adakah kau suka melihat angka-angka wang yang bukan milikmu? Kenapa tidak kau luahkan segala alasan yang kau perkatakan kepadaku di kala mesyuarat di pagi hari?Sebaliknya hanya senyuman dan kata2 manis menjadi penyeri,di hadapan orang atasan yang ingin kau tunjuk ini.

Mujur aku tidak suka memanjangkan perkara ini,tapi aku kini mengerti dan aku harus berhati-hati.Aku bermohon semoga Allah melindungiku,dari kepura-puraan yang menakutkan ini dikemudian hari.

Sunday, July 12, 2009

Hadith of the Day

Narrated Abu Huraira: The Prophet (pbuh) said, "Religion is very easy & whoever overburdens himself in his religion will not be able to continue in that way. So you should not be extremists, but try to be near to perfection & receive the good tidings that you will be rewarded; and gain strength by worshipping in the mornings, the nights." [Bukhari] A very important lesson for ALL of us. Let's take heed of it. Ameen

Saturday, July 11, 2009

Kecil atau Besar...hanya sebuah bicara


Aku terpana. Terpaku memikirkannya. Kata-katanya menusuk hati.Jauh sehingga ke dasarnya. Timbulnya perasaan yang sukar dimengerti. Adakah ia sebuah kesedihan? Atau kemarahan mahupun kekecewaan?

Ku tahu itu bukanlah niatnya. Jauh sekali untuk mempersenda mahupun menidakkan kesungguhan diri ini. Aku mengerti dan pengertian inilah yang membela diri ini. Dari perasaan sedih,marah mahupun kecewa.Dan menerusi pengertian inilah membuatkan aku terfikir,yang tersurat dan tersirat disebalik kata-katanya.

Ada betul ianya kecil. Tidak perlu diperbesar-besarkan. Hanya aku yang terlalu memikirkanya. Menunjukkan kebodohan diri beserta kelemahan yang sering mengusai diri.Owhhh Tuhan, mengapakah aku jadi begini.Sering mengulangi kesilapan yang sama, menunjukkan kebodohan yang kelemahan yang nyata.Bilakah akan kuperolehi, kekuatan untuk mengubah segala....

Masa berlalu pergi di kala aku masih tercari-cari. Aku kini memperolehinya,jawapan yang pasti. Aku pasti, kecil atau besar suatu perkara bukanla permasalahannya. Ia hanyalah pendapat,yang bebas diperkatakan. Yang pasti,padaku ia bukanlah kecil. Ia besar, sebesar usaha yang kucurahkan. Sebesar kejujuran dan impian diri ini.Akan tetap kuyakini, ia besar dan akan tetap kupikul,selagi terdaya kaki ini menanggung bebannya.

Percayalah, ia adalah besar buat ku,selagi ia tidak dibenci,selagi itu akan ku nanti dan aku cari. Semoga esok lebih baik buatku.

Coretan hari...



Tamat sudah kulalui.Masa yang berlalu tak mungkin kumiliki lagi. Namun ia telah diisi dengan kenangan yang mungkin tidak dapat ditukar ganti.

Di pagi hari,ku jejaki tepian pantai,menghibur hati,mencari erti. Yang tersirat di celahan tersurat. Kedamaian yang kelembutan puputan sang bayu menenangkan hati ini,walau seketika. Aku terpaku,melihat keindahan mentari pagi yang menyapa hari. Segala puji buat Mu,di atas nikmat keindahan yang dianugerahkan buatku pada hari ini. Desiran dedaun disapa sang bayu menambahkan keasyikan,menyebabkan aku lupa seketika,kepada segala kesukaran yang menyesak jiwa.Oh indahnya permulaan hari buatku...

Tengahari kuhabiskan dgn sia-sia, hanya asyik menghadap komputer,melayan perasaan dan berbicara dgn mereka yang ada.

Menjelang petang,aku sekali lagi melayan perasaan. Mujurnya ada insan yg masih sudi menemani diri ini. Biarpun aku terpaksa menempuh perjalanan hampir satu jam, namun perjumpaan itu membuahkan keceriaan yang sukar dicari ganti. Hilai tawa yang sudah lama menyepi kini hadir kembali menghibur hati. Terima kasih di atas 'jamin' mu Mat Amin dan Hairi,ada rezki akan ku ganti di kemudian hari.


Berlabuhnya tirai malam menandakan penghujung jari semakin menghampiri. Semoga pengalaman ini,dapat membantu diri dalam mencari erti...'Siapakah Aku di muka bumi'

Friday, July 10, 2009

Di cintai dan mencintai

Kesunyian malam mencengkam jiwa.Aku terpana,terkaku menghadapi kelesuan malam,kesepian ini yang terasa menusuk hinga ke kalbu hati. Adakalanya aku terfikir,berbaloikah pertaruhan yang telah ku lakukan. Betulkah tindakan melepaskan segala yang ku miliki untuk tujuan yang satu.

Adakah aku perlu menyesalinya...Oh tidak mungkin sekali,biarpun beban ini seberat gunung didaratan, cabaran yang sebanyak buih dilautan, ku bertekad,tiada penyesalan yang akan ku luahkan. Namun adakalanya tibanya detiknya dikala ku tewas,kesedihan menerpa diri, menyebabkan ku ditelan kesedihan.

Degilnya hati ini, ia tetap mahu mencintai dan dicintai. Apakah aku tidak mengerti akan keperitan yang tidak berkesudahan? Yang bakal kutempuh dan ku layari buat kesekian kalinya dalam lautan kehidupan. Di manakah kekuatan diri,kekentalan jiwa nurani, untuk menghalangi ia dari berputik kembali. Adakah kau yang kucari,adakah aku selayaknya untukmu, hanya Dia yang tahu.

Oh Tuhan, ku mohon kasih mu,taufiq dan inayahMu,agar ku dapat melihat hikmah disebalik yang tersurat. Izinkan aku untuk mendapatkan sedikit ilmuMu wahai Pemilik Segalanya, agar dapat ku lihat baik dan buruk sesuatu perkara secara telus.Akan ku teruskan perjuangan ini,untuk mencari redhaMu,sebagai bekalan hidup yang hanya seketika.

Yang benar dan palsu

Aku pening memikirkan,siapakah yang benar di antara mereka. Namun aku tetap percaya, disudut hati kuterselit keyakinan, bahawa disini adalah kebenaran dan di pihak sana terselitnya kepalsuan. Biarpun aku tidak dapat memutarkan masa,membalikkan putaran sejarah, tapi imbauan kenangan silam dapat kujadikan panduan,untuk menilainya. Semoga ia adalah benar dan akan kuyakininya