Saturday, July 11, 2009

Kecil atau Besar...hanya sebuah bicara


Aku terpana. Terpaku memikirkannya. Kata-katanya menusuk hati.Jauh sehingga ke dasarnya. Timbulnya perasaan yang sukar dimengerti. Adakah ia sebuah kesedihan? Atau kemarahan mahupun kekecewaan?

Ku tahu itu bukanlah niatnya. Jauh sekali untuk mempersenda mahupun menidakkan kesungguhan diri ini. Aku mengerti dan pengertian inilah yang membela diri ini. Dari perasaan sedih,marah mahupun kecewa.Dan menerusi pengertian inilah membuatkan aku terfikir,yang tersurat dan tersirat disebalik kata-katanya.

Ada betul ianya kecil. Tidak perlu diperbesar-besarkan. Hanya aku yang terlalu memikirkanya. Menunjukkan kebodohan diri beserta kelemahan yang sering mengusai diri.Owhhh Tuhan, mengapakah aku jadi begini.Sering mengulangi kesilapan yang sama, menunjukkan kebodohan yang kelemahan yang nyata.Bilakah akan kuperolehi, kekuatan untuk mengubah segala....

Masa berlalu pergi di kala aku masih tercari-cari. Aku kini memperolehinya,jawapan yang pasti. Aku pasti, kecil atau besar suatu perkara bukanla permasalahannya. Ia hanyalah pendapat,yang bebas diperkatakan. Yang pasti,padaku ia bukanlah kecil. Ia besar, sebesar usaha yang kucurahkan. Sebesar kejujuran dan impian diri ini.Akan tetap kuyakini, ia besar dan akan tetap kupikul,selagi terdaya kaki ini menanggung bebannya.

Percayalah, ia adalah besar buat ku,selagi ia tidak dibenci,selagi itu akan ku nanti dan aku cari. Semoga esok lebih baik buatku.

No comments:

Post a Comment