Monday, March 1, 2010

Keliru

Huhhh...Satu keluhan berat..buat yang kesekian kalinya...Aku bingung dengan diri ini.Tidak mengerti apa yang ku kejarkan, apa yang kumahukan...Adakah ini tanda aku bukan seorang hamba yang bersyukur.

Aku telah miliki apa yang ku kehendaki.Isteri,kediaman dan projek yang aku mahukan selama ini.Tapi hati ini masih gelisah,keliru dan celaru.Aku kian malas untuk melangkah menghadapi masa depan.Adakah aku telah berputus asa...putus asa hasil usaha 5 bulan menjadi debu..."tapi itu bukan yang terbaik buatku",kerap kuulangi kata2 ini bagi memujuk diri.Tapi aku masih gagal mencari diri yang kuat dan teguh dalam menghadapi cabaran hidup.Aku bukanlah syarif yang dahulu,aku semakin lemah dan layu...Aku gagal mencari punca kelemahan ini.DI manakah jati diri yang telah kubina sekian lama,musnah dan pudar dalam sekelip mata hasil kegagalan yang sedikit...Adakah ini satu tamparan buatku,yang jarang sekali menghadapi kegagalan?Itu satu pendustaan,aku sering gagal,namun aku bingkas berdiri setiap kali aku terjatuh...hanya kali ini,kakiku terasa lesu untuk bangun seperti selalunya...

Ya Allah,adakah sudah lari niatku...dalam mencari redha dan rahmatMu,yang menyebabkan aku menjadi selemah2 insan yang melata di muka bumi ini.Ya Allah,aku memohon kekuatan dariMu...Aku semakin lemah wahai Penciptaku,bantulah ciptaanMu ini,dari kelalaian,kelemahan.

Bukan aku tidak yakin dengan qada' dan qadar mu,cuma aku tidak mampu berdiri segagah dulu...aku sendiri tidak mengerti wahai Penciptaku...Aku hanya dapat meluahkan di ruangan yang terhad ini,melepaskan bebanan di hati...mudah2an luahan bebanan ini mampu meringankan tanggungan kakiku yang kian tepok ini...Bantulah diri hambaMu ini wahai Allah

2 comments:

  1. kadang2 bila kita di uji
    kita akan mula ingat pada-Nya
    bukan suatu yg sia-sia setiap ujian yg datang
    kerana
    ia membuatkan kita tak kan pernah lupa pada-Nya
    tak kira waktu senang atau susah
    dan
    kalau waktu yang susah adalah waktu yang lebih berharga dan lebih banyak masa dengan-Nya, waktu apa lagi yg lebih baik dari tu?

    ReplyDelete
  2. bila buat phd, mmg we will go through a rollercoaster of emotions. k afi rasa menda ni everyday! so don't worry. terus usaha (x kesah lah ciput sgt ke), insya Allah usaha yg sikit tu ada buahnya nnt.

    ReplyDelete