Thursday, January 28, 2010

Kemunafikan diri

Hari berlalu lesu,membeku jiwa yang sedia layu. Adakalanya aku bingung memikirkan. Aku sering menasihati dan berkongsi kata dan pandangan. Namun bila tiba masa aku diuji,kegusaran dan kerisauan yang menyerbu menyebabkan kata-kata yang sering diluahkan, nasihat yang sering disampaikan tidak terkesan di hati ini.

Terlalu takut aku memikirkannya. Munafikkah diri ini?atau kepercayaan dan keyakinan ku padaNya hanya di kala aku senang. Teringat kisah seorang sahabat Rasulullah, pada suatu ketika dia disapa oleh Saidina Abu Bakar r.a. Bila ditanya keadaannya oleh Saidina Abu Bakar r.a, beliau menjawap telah munafik akan dirinya. Abu Bakar yang kehairanan lantas bertanya kerana kenal sahabat ini merupakan salah seorang yang sering meriwayat hadis Rasulullah.

Jawap si sahabat"Bagaimana tidak aku rasakan diriku munafik, tatkala aku di majlis ilmu bersama Rasulullah dan para sahabat, aku merasa sedih, takut dan gerun kepadaNya. Namun,sesudah aku pulang bertemu isteri dan anak-anak di rumah, perasaan sedih, gerun dan takut itu berkurangan. Bukankah aku bersifat munafik dengan demikian itu"

Jika para sahabat yang sering berlumba untuk beramal merasakan dirinya munafik di atas perasaan yang sedikit itu, bagaimana pula dengan diriku ini. Aku merasakan adakalanya aku seolah-olah mempermainkanMu. Di waktu aku senang,aku mengucap syukur dan bergembira di atas pemberianMu. Adakalnya diri ini terus lalai dalam mensyukuri nikmatMu. Dan di waktu sukar ini, aku sering mengeluh, menuding jari mencari kesalahan bagaikan lupa semua kejadian adalah ketentuannya. Tidak munafikkah namanya itu. Adakalanya, di waktu sukar ini, baru aku mula kembali kepadanya, mula melipatgandakan amalan yang sememangnya sedikit mengharapkan bantuan dan petunjuk darinya. Bersolat sunat tidak putus bagai tiada hari esok.

Ya Allah,sesungguhnya hambaMu yang lemah ini telah bersifat munafik,tanpa disedari. Ampunilah diri ini wahai Tuhanku, sesungguhnya hanya keampunan dan keredhaanMu yang kudamba. Ya Allah,tetapkan keyakinan dan keteguhan diri ini dalam memegang taliMu,walau dimana dan pada apa jua ketika.Janganlah jadikan kami umat Muhammad s.a.w sebagai umat yang munafik,yang memperlekeh kepercayaan dan keyakinan buatMu.
Bantulah kami untuk bangun dari mimpi-mimpi indah yang hanya tipu daya semata ini.

Amin...amin...amin ya Rabbal a'lamin

2 comments:

  1. caak! k afi pun selalu jugak pk ni. lg pulak now bila kita tgh struggling skang, mcm apa yg kita penah ckp tu, jd fitnah pulak kat diri kita. tp kdg2 pk balik, syaitan mmg cari ruang nk buat kita lg konpius. so terus tetap atas jln ini and teruskan apa yg kita buat. such thoughts mmg selalu linger tp kena lawan.

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak...memang kena lawan,cuma adakalanya terasa,diri ni betul2 terlalai...tertipu...tu yang risau...bagaimanapun,terima kasih untuk nasihat akak...semoga kita terus kuat

    ReplyDelete