Thursday, October 29, 2009

Di kejauhan ini...

Rindu sudah jari jemari ini,
untuk menari-nari menitip kata-kata diruangan ini.
Begitu lama ruangan ini ditinggal sepi, tanpa bicara dan luahan rasa.
Kesibukan diri memaksa untuk aku,berhnti seketika dalam
berbicara.

Hari ini genap 4 minggu aku berada di sini,
namun tiada hasil yang pasti.
Aku masih tercari-cari,
terkial-kial dalam menelusuri hidup sang ilmuwan,
yang menagih masa dan tenaga,
yang tinggi harganya.
Bukan tidak aku berusaha,cuma Sang Pencipta masih tidak membenarkan,
aku mendakap sekelumit ilmu milikNya,
aku yakin pasti usahaku masih setimpal,
dengan apa yang aku kejarkan.

Tuhanku,bantulah diri ini,
dalam menyusuri jalan-jalanMu,
hanya kepadamu aku meminta segalanya.
Anugerahkan kami ilmuMu dari gudangMu yang Maha Luas.

1 comment:

  1. sabda Baginda Rasulullah S.A.W. "aku ialah gedung ilmu, dan "Ali" itu pintunya" selawatlah pada Baginda, jadikan ia kekasihmu kerana Bagindalah insan yang paling tinggi darjatnya kerana tingginya ilmu yang diberikan. renung-renungkan dan selamat beramal

    ReplyDelete